Phew, lega baru lepas mandi sebab seharian berpeluh. Kitorg kat rumah Melaka ni. Panas betul Melaka ni wehh.. membahangg Subhanallah. Lain macam betul panas dia, memang melekit badan. Hari ni dengan esok nak settlekan bersih-bersih rumah Melaka ni sebab tenant baru nak masuk. Bebudak Medic Manipal, lelaki melayu 4 orang. Kalau tenant yang sebelum ni, bebudak chinese yang duduk. Alhamdulillah elok dorg jaga rumah ni. 4 tahun jugak tu. Wear and tear tu biasa lah. Kitorg panggil ada sorg akak ni, Kak Jaja (Fairuz jiran sebelah ni rekomen) untuk kemas rumah. 3 jam aku bayar dia RM100. Pada aku okay sgt dah tu kan. Aku tak rasa aku rajin nak mengemop bagai huhu. Setakat yang syg check tadi, water heater bilik air master bedroom, paip shower/flush bilik air master bedroom dengan kipas master bedroom yang problem. Dia pun tengah pening mana nak carik plumber and org betulkan water heater and pasang kipas baru ni. Tadi pun syg dah servis semua aircond kat bilik-bilik atas ni. Tengok la esok aku try roger Fairuz kut-kut dia ada contact.
Syukur, finally Ai call petang tadi. Busy bebenarrr dengan Kem Gemilang. And as i suspected, memang dia bawak phone dia ke sekolah. Terkekek-kekek dia gelak bila aku tanya. Cis, punya lah gigih aku duk mencari phone dia sebelum gerak dari Kluang. Sempat lah berpeluh, tetiba terfikir nak check kat 'Find My' Apps, tengok-tengok last location kat Seremban 19hours ago. Hmm sah lah budak ni bawak ke sekolah. Senyap-senyap je dia eh. Ai inform jugak result Add Math dia. Dia fail 😵💫 tapi dengan suara ceria nya dia sembang ;
"mummy, cuba u teka berapa orang dalam kelas i lulus Add Math?"
Aku teka dua.
"Lima orang je. Huhu."
Kelas dia ada 32 orang, so 27 orang fail. Gulp. Aku taktau nak cemas ke nak lega. Hahah. Kelas Ai kelas yang average la. Kelas budak pandai tak sure lah berapa orang yang lulus tu. Ni dah sembang lulus/gagal je. Tak tertanya berapa orang yang dapat A. Huhu. Hari tu Kak I pun bagitau aku Q fail Add Math. Memang susah nak mati kut soalan dia. Zana ada bagitau SASER punye GPS Add Math 6.17 (ni rahsia), Elle pun cakap, GPS kite 7. Pergh. Seram. Maknanya mesti la ramai yang fail kan. Nanti la tunggu sekolah bagi input/info result penuh.
Ni result trial SBP Ai.
Pada aku dah okayy sangat ni kalau banding dengan result-result dia sebelum ni. Kalau Bio & Add Math tu tak seteruk tu, memang dah sangat-sangat improve dah. Kalau tanya aku, ni memang result Ai yang aku tau dia all out and usaha. Mungkin sebab tu dia frust betul dengan result Bio. Huhu. Aku dah bagitau Ai jadual kelas online dia cuti sekolah ni. Dia semangat, and mintak nak tambah lagi kelas Add Math. So aku dah roger Cikgu Iena, untuk selit lg tutor Add Math utk hari Rabu & Jumaat. Semoga Ai fokus and kelas-kelas extra ni dapat membantu dia. Aku doa Allah permudahkan and semoga dengan usaha kecil aku ni, Allah makbulkan doa Ai nak dapat 9A+ SPM 2026. Aminn YRA.
![]() |
| Sekodeng Ai dalam gambar-gambar yang parent share masa coffee break Kem Gemilang. Dari kiri yg aku kenal : Mel (anak Sherry), Ai, tak kenal, Amni (anak Elle), tak kenal, tak kenal, Qalesy. |
![]() |
| Dari kiri meja depan : Ai, Qalesy, QH (anak Nazli), tak kenal, Mel, Abeer (anak Khai). |
Semoga terus kuat semangat anak-anak Erudite semua. Aku doa Erudite pecah rekod SGS and dapat top 3 dalam ranking sekolah satu Malaysia, and especially dalam ranking SBP. Semoga ramai yang dapat 9A+ termasuklah Ai. Aminnnnnnnnnn YRA.
Lepas solat jemaah Jamak Takdim Maghrib/Isyak, kitorg keluar makan kat kedai dekat dengan rumah ni. Kedai Pakdo Tomyam nama dia. Not bad lah makan dia. Air pun sedap. Cuma Melaka panas nya Ya Allah. Berpeluh-peluh tunggu makanan. Oh, servis slow sikit. Lama gak nak dapat air and makanan. Jai pun join kitorg tadi. Puas lah bersembang kejap. Tak berubah Jai ni. Antara geng dari Melaka yang still baik dgn syg sampai sekarang. Kalau kitorg singgah Melaka, memang selalu nya akan lepak dengan Jai.
Nampak tak di sebalik spek aku tu, setepek perpeluhan berlaku. Panas oi. Az ni ktorg extend cuti dia terus bersambung dengan cuti sekolah. Huhu. Lagipun mata dia tembel hari tu, bengkak jugak. Tapi last-last pecah keluar nanah sendiri. Dah alang-alang tu, MC kan je lah. Kalau tak satu keje jugak nak berhantar 25hb, lepas tu 28hb nak ambil bawak balik cuti sekolah pulak. Gembira la dia bukan main lama cuti ni. Hahah.
Okay, jom tido.
till next time,
F.






No comments:
Post a Comment
Thanks for reading. come again!