Tuesday, August 18, 2026

curang itu pilihan.

semalam aku terbaca post H kat threads,

"since the day i've found out, not a day goes by without me having a swollen teary eyes, heart ache and a lump in my throat. hopefully tak jadi gila je lah."

kesian kat H. kitorg ni adik beradik xde la very close to the core. tbh, aku lg open and lg rapat dengan bebiras vogue aku. kitorg boleh share like everythinggg. tp dgn my sibling sisters, lebih pada hubungan kekeluargaan la gitu. takde la kekok, but u know what i mean. 

bila aku tau H ada marriage prob, laki dia buat hal. hati aku mcm hancurr jugak. laki dia yg nampak very quiet and reserved tu. yes laki dia yg mcm sesuci lebarannn tu. pedih hati ni. kalau aku pun dah rasa mcm ni, bayangkan apa yg H rasa. kenal bercinta bertahun, kawen pun mmg suka sama suka, H tu cantik slim kut. tak faham aku. ntah la eh. apa lg la yg x cukup kat lelaki ni. bila jadi kes kes mcm ni kat sekeliling aku, kdg-kdg aku pun jd insecure. yelah, i'm not M, even XL size anymore. kdg-kdg mmg perasaan takut and risauu tu ada. especially bila my syg mmg still nampak muda and fit. 

ma and M selalu pesan suruh nasihat kan H untuk stop share/luah perasaan kat medsoc. pesan suruh bg kata kata semangat. M lg pulak, tak abis-abis kritik ckp kenapa nak luah kat medsoc, bukan membantu pun. tu lah beza dia dgn aku. aku in a way faham je kenapa share dkt medsoc lg 'puas' dari talking to someone u know. luah kat strangers lg rasa 'selamat'. faham ke maksud aku? aku bgtau M, biarkan je lah. mungkin tu satu cara dalam proses dia nak heal. lgpun memang ramai dah tau pun kan. mungkin jugak tu cara dia nak pantau laki dia. supaya tak terbabas lagi. tapi luka bila dah dilukai dengan kecurangan ni tak mungkin akan sembuh. aku dulu masa break up dgn bf pun, sakit nya tu mmg taktau nak gambarkan. ingat pun rasa sedih. salah satu perasaan yang aku harap aku takkan rasa lagi sampai bila bila. aku bersyukur sangat Allah gantikan dengan yg jauh lebih baik. satu anugerah yang aku mmg tak sangka satu masa dulu.

skrg ni, aku taktau aku patut selalu roger-roger tanya khabar H ke. atau jgn tanya-tanya sbb takut takut ter trigger rasa sedih dia ke. atau mcm mana. tapi aku selalu doakan H tenang, and dapat hilangkan rasa terluka tu. aku harap hubungan dorg bertahan. aku igt pesan arwah FIL dulu ;

"orang laki ni senang je nak jaga. ada dua benda je. jaga perut dia and jaga yang bawah sikit dari perut dia tuu."

faham kan? 
setakat almost 17 years usia perkahwinan aku ni, aku memang pegang ni. and memang betul pun. ma pun pesan yang sama, especially part bawah perut tu. huhu. dah boleh beza dah mood dia kalau kita tak jaga part tu. sbb tu bila aku rasa insecure, aku baik pulih perasaan dgn rajinkan diri masak utk dia, plan something ehem ehem. and sesekali hantar surprise reminder (kami ye yg faham) untuk pastikan dia 'ingat' kat aku. for now, aku bole kata our s*x life is very healthy. doa-doa, perkahwinan dan hubungan aku & syg tak diuji dgn kecurangan, dan org ketiga. semoga Allah pelihara rasa cinta kami berdua dan hubungan berkekalan hingga ke jannah.

till next time, F.

Monday, August 17, 2026

misi kurus bermula


okay, done inject my first s/c Mounjaro 2.5mg.
bismillah. semoga aku kurus dan sihat.
caiyukk!

till next time, F.

bila umur dah masuk 40-an

cerita dia macam ni. aku pun taktau la sejak balik haji ke, or sejak dah umur 40+ ni, nafsu nak upload-upload gambar kat medsoc macam dah berkurang. huhu. lepas tu aku skrg suka layan 'threads' daripada instagram. aku kan mmg kaki upload everything kat ig, but not anymore. macam dah takde semangat tu. gambar-gambar pun berlambak dlm phone je lg ni. 

tp aku mmg suka betul baca 'threads'. bila duk baca org tu share itu ini. terimbas kembali zaman-zaman rajin blogging. dah lama gile tinggalkan hahha. pastu aku tetiba mcm semangat nak 'journaling'. ni mcm zaman skolah. mmg kenangan sangat tauuu bila baca balik 'diary-diary' and benda-benda tahpape yang aku duk tulis zaman tu. seronok tgk zaman skrg, ramai yg into journaling. and cantik-cantik dorg deco. sukaaaaa.

yg kelakarnya, ada satu masa tu aina time dia dah besar besar ni, baru tau yg aku ada blog. and sebab musabab kemunculan blog adalah sebab dia. and mostly dalam blog ni mmg duk sakan bercerita pasal dia kan. kemain dia duk baca dari awal. masa tu aku dah terfikir dah. kalau la satu masa aku dah takde. mungkin my writings can teman my kids. alamak, tersedih plak. huhuuh. tp betul pun kan. kita bukan tau bila ajal nak menjemput. 

writing and reading used to be my passions. skrg nak membaca tu mcm dah takde harapan. asyik duk layan phone je kan. haihh. balik haji aku niat nak bykkan baca al-quran. nak tadabbur. pun belum consistent. astaghfirullah. aku kena terus cuba jadi org baik. in shaa Allah, nak start tulis ayat-ayat Quran, yang sgt dekat di hati. yg boleh jadi penyejuk hati. kadang-kadang aku mmg tewas je dgn godaan and dugaan duniawi ni. 

anyway, hari tu aina balik OB kan. dia tunjuk aku journa dia. waaa, tak sangka ade jugak menurunn dari mummy. auliya pun aku perasan ada minat ni. aina and auliya more into crafts. azalea and ayraa got the brains. dua-dua pun mmg sah genetik mummy ni hehe. so doa doa aku consistent. 

my hopes ;
- to actively blog again.
- baca Al-Quran at least 1 page after solat.
- bykkan zikir, selawat. 
- try my best untuk cukupkan solat rawatib.
- be EXTRA gentle with my kids.
- start my 'Ayat Quran Journal' as a hobby.
- kurangkan lagi lagha.
- lose 10kgs or more.

these are the things that i can think of for now. takleh banyak-banyak, kang tak jadi. kita start dgn yang ni dulu. masalahnya, tgh menaip ko menganyip fries. mana nak hilang 10kgs tu oi. hahaha. okay takpe. bismillah. pray for me :)

till next time, 
F.

Sunday, August 16, 2026

Okay, lets see.

Assalamualaikum, hai semua.

setelah sekian lama, aku try nak start balik menulis. so lets see if this is going to be semangat hangat-hangat taik ayam ke, or camne. haha. aku dah 4 anak guys. kut kut ada yang nak tau. hahhah.

tgh-tgh malam ko duk menaip ye. 

nothing much today.

kakak aina OB (outing bermalam), ye aina yg dulunya kat dlm ni famous dgn nickname 'Cik Puan Curly Fries'. hehe. masih lg cik puan cuma version yg sudah anak dara ya kawan-kawan. 17 this Dec. SPM tahun ni. seram kan.. tetiba rasa cepat nya anak-anak ni merbesar. tau tau dah nak habis sekolah. aku rasa aku lg seram nak hadap SPM dari dia. tbh, aku rasa SPM adalah exam terpaling traumatic utk aku. hahah. aku dulu kuat main-main masa upper form. klo ayat laki aku, "kuat ber bf-bf ni" hahahha. kuat menganjing aku dia ni kadang-kadang. 

anyway, aku doakan aina dpt result yang cemerlang masa SPM. tak lama je lagi weh. rezeki dia, she's in a very good school. aku mmg high hopes jugak la. tp aku taknak dia stress sgt. skrg ni byk member2 batchmate dia yg depressed la itu ini. risauu. but at the same time, aku hrp dia all out la. 

okay, nanti cerita lg. kena tido. esok nak gerak hantar aina balik asrama. 

Monday, May 23, 2016

TRAVELOG UMRAH 2015 : Persediaan Mental/Fizikal





ALLAh will make everything beautiful, at the right place, at the right time, for the best reason. Have faith in ALLAH.


assalamualaikum, hai semua :)


subhanallah.
lamanya tak menaip. kuikui. mood entah ke mana ek sejak dua menjak ni. rinduu nak ber belogging tapi bila nak start menaip je, tak pernah berkesudahan. symptom malas ke apa ni. symptom ngandung kut? ehh dokterfaryn ngandung??!! pergh taktauuuuu pun ek. surprise!! hahahahha. ok ok nanti cerita yang tu. tapi tu lah, bila sesekali mood nak jengah belog yang dah super berhabuk ni datang, baca balik entri-entri lama seronok sangat. naik sheikh aku. senyum sorang-sorang. sebab banyak memories kan. kalau tak diabadikan dalam belog ni memang memori tinggal memori je lah kan. macam mana nak bagi cucu cicit baca nanti buat kenangan hehh. :)


paling mengecewakan bila aku tak cerita pasal experience menunaikan umrah last November. fuhhhh dokterfaryn come onnnnn! pengalaman terhebat tu kut. how come? how come? aku pun taktau camne aku boleh miss buat entry pasal umrah tu. ok sekarang jugak kita cerita naa...


truth is, aku memang ada pasang satu niat dekat dalam hati aku, yang aku nak sangat-sangat tunaikan umrah sebelum aku beriya-iya nak travel (kononlah kan) all around the world. bukan nak mengada-ngada ke apa, but that was my mindset then. i mean, my first priority is nak pergi melawat rumah ALLAH dulu above other things. nak jejakkan kaki di Baitullah. sekurang-kurangnya nak rasa pengalaman menunaikan umrah. the rest can wait. ok, nak menaip pasal umrah pun hati mula rasa sebak dahh. Allahuakbar. tapi aku perasan memang kalau bab-bab cerita pasal umrah/haji ni, especially untuk mereka-mereka yang dah pernah pergi ni, memang emosi dia lain macam sikit. kalau tak percaya cuba ajak mereka-mereka ni berborak pasal umrah/haji confirm bergenang-genang mata. silap-silap bercucuran air mata tu laju macam air paip. Allah, rindunya...


sepanjang aku kerja dekat government dulu, memang aku ada terfikir nak pergi umrah ni. tapi tak pernah lah perasaan tu se-strong after aku dah quit government. entah apsal. masa keje gomen tu, agaknya asyik sibuk dengan hal duniawi, yang kononnya kerja dan kerja busy nak mamp*s, nak apply cuti pun belum tentu di-approvesebab dok memikir cukup dokter ke, dengan kononnya alasan tipikal "belum mampu" nya padahal kalau bab bershopping bukan main galak lagi kau dokterfaryn... iskh. kalau lah mengumpul sebulan saving untuk umrah/haji insya ALLAH dapat pergi lama dah... so called banyak commitment lain nak settlekan. emm. tapi lepas aku dah quit gomen, baru aku all out serius nak pergi umrah. membuak-buak betul perasaan tu. betullah orang kata, even semampu mana pun kita, banyak mana pun duit kita, selagi ALLAH tak menjemput kita ke rumah-Nya, belum tentu kita dapat jejakkan kaki ke sana. mungkin niat kita, mungkin kesungguhan kita. mungkin persediaan kita. Wallahualam.


yang paling paling aku tak sangka tu, bila ma cakap nak sponsor aku pergi umrah tahun tu. Allahhh... nak nangis rasa. ma cakap kira anggap macam bonus untuk aku kerja setahun kat klinik ma. lagipun ma cakap, adik-adik aku (afiq-kho-husna) semua dah pergi dengan dorang. so untuk aku dengan montok (tika) ma nak sponsor jugak untuk first umrah. ya ALLAH rezeki memang datang tak disangka-sangka. tepat pada masanya. macam bulan jatuh ke riba rasa. mudahnya Allah aturkan untuk aku for a start. lagi la tak sabar-sabar rasa nak pergi. bila bagitahu dekat syg, syg pun cakap ok. sebab dia pun rasa memang dah sampai masa untuk pergi. Alhamdulillah, simpanan pun dah ada, so boleh proceed untuk booking semua tu.


rasa takut, nervous semua ada. berdebar nya hanya ALLAH yang tahu. emo nya rasa nak bercerita pasal memori umrah ni. memang confirm entri ni dan yang mendatang akan panjang-panjang sebab nak cerita terus dari hati. memang sebijik sebijon aku nak type dalam ni. untuk diri sendiri, dan harap-harap dapat dijadikan rujukan (kut lah, mana tahu) untuk kawan-kawan sekelian alam yang ada niat nak tunaikan umrah.


kitorang decide nak ikut WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS. ni pun lepas dah berdiskusi dengan ma sebab ma kan ada experience follow various travel agencies untuk pakej umrah. so she knows better, and kitorang ikut je la. memang tak mengecewakan la. dari segi distance dengan tempat ibadat, mutawwif pun semuanya friendly and super helpful/informative. makanan (especially kat madinah) memang terbaik sebab malaysian foods. dan sedap gila. hihi. kitorang pilih tarikh umrah 25 Nov - 5 Dec. kenapa tarikh tu? satu sebab memang nak pergi hujung-hujung tahun and biar separuh-separuh bulan sebab senang syg nak adjust cuti dia. dua, sebab nak pergi just before aina naik sekolah. ketiga sebab entah, rasa memang nak tarikh tu. keempat dan finally, sebab aku nak plan to get pregnant tahun 2016 hiii... :)


disebabkan masa tak mengizinkan, aku dengan syg tak pergi kursus umrah yang agency anjurkan. lagipun sebab ma cakap kalau pergi pun audience agak crowded dan kadang-kadang info tu tak berapa nak dapat/sampai. ma suggest ma yang bagi ala-ala tuition macam tu dekat kitorang. ma ayah pun dah boleh kata almost every year/other year berpeluang buat umrah, memang banyak tips-tips and panduan yang dorang bagi from their first hand experiences. memang kitorg siap ada buat notes semua untuk rujukan. and ada a few books yang ma bagi kat aku suruh baca untuk ambik feel. untuk dalami sejarah-sejarah makkah & madinah.




my favourite. memang kena baca buku ni. travelog haji yang sangat-sangat mengusik perasaan. sayu sangat baca. even dalam buku ni cerita pasal Haji, tapi memang banyak sangat info-info, tips-tips, amalan-amalan yang writer ni share dalam buku ni yang memang banyakkk sangat membantu aku masa kat makkah/madinah. sangat-sangat recommended.



 



dua buku ni pun is a must read. and a must have. banyak sangat cerita tentang sejarah makkah & madinah. boleh dikatakan details jugak lah untuk setiap tempat-tempat yang ada di makkah & madinah. lepas tu ada selitkan jugak apa hikmah-hikmah, apa kelebihan-kelebihan ibadat di setiap tempat tu. memang membantu. dapat memberikan gambaran yang jelas tentang makkah & madinah. so bila sampai sana, kita macam lebih kurang recall je. ooohhhh ni lahh dia.. ohhh ni la.. tula.. something like that. memang sangat memudahkan ibadah kita kat sana bila kita dah ada basic pasal tempat tu. 'feel' dia memang lain. terima kasih ma sebab pinjam kan buku-buku ni. aku ingat nak pergi carik and simpan buku-buku ni dalam koleksi peribadi aku jugak. memang tak rugi untuk jadi rujukan balik di masa-masa akan datang.


antara benda yang merisaukan aku nak pergi umrah ni bila memikirkan nak berjauhan dengan my cik puan kerintings. entah macam mana la dorang tu bila kitorang takde. first time tu nak berenggang berlamaan macam ni. tapi alhamdulillah lepas baca travelog haji tu, writer pesan doa banyak-banyak dari sebelum berangkat lagi mintak banyak-banyak, selalu-selalu dengan ALLAH untuk mudahkan semua nya. makbulkan impian kita nak jejakkan kaki ke sana. selitkan jugak doa untuk kentalkan hati supaya tak makan hati rindu/risaukan anak-anak yang ditinggalkan. insya ALLAH dipermudahkan ibadah kita dekat sana, dan dipelihara anak-anak kita. :)







gambar masa hari nak bertolak ke madinah. sebenarnya kitorg memang tak announce sangat pun yang kitorang nak menunaikan umrah ni. memang takde war-war pun. lagipun hari bertolak tu jatuh hari rabu, so memang takde la nak menyusahkan sesiapa nak datang hantar kat klia ke. sebab weekdays kan. hari bekerja.





dengan sayang. masa ni dah berdebar je rasa. harap-harap sangat Allah mudahkan journey kami.







ni part paling payah. nak ber-babai babai dengan my cik puan kerintings. tapi, tapi,tapi suprisingly, aku tak nangis punnnn. and aina/azalea pun tak nangis. maybe berkat doa berhari-hari sebelumnya tu. :) takde langsung perasaan risau/takut/rindu nak tinggalkan anak. and my cik puans pun behave sangat-sangat. lagipun aku dengan sayang memang dah start bagitau cik puans yang mama dengan ayah nak pergi umrah. cerita sikit-sikit pasal ap tu umrah, kenapa nak pergi. untuk umrah yang pertama ni, memang takde plan nak bawak anak-anak sekali. niat aku, nak fokus, biarlah umrah wajib ni jadi umrah yang terbaik insya ALLAH. ada rezeki, mungkin boleh bawak anak-anak pulak kendian :)


ok, nanti cerita lagi.

rindu sangat dengan makkah & madinah. semoga ketemu lagi.



writing @ 1612hrs.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...