Sunday, August 30, 2026

Semalam, Dinner Dress Ai & Laundy room


Dah selamat sampai ke Kluang dlm kul 1030pm malam tadi. Cukup korum la kitorg kali ni. Rasa macam dah lama kita tak ber-enam kat rumah ni. Sempat singgah makan kat restoran Cheese Nan favourite Ai. Dah a few times jugak dia mintak nak makan situ, baru kali ni berjaya after so long. 😂 Boleh laa. Kat Kluang ni, memang setakat ni kedai ni je lah yang Roti Nan dia kena kat tekak kitorg. 

6 of us. lafff💋

Ai and mummy❤️

Semalam pagi-pagi aku and syg gi breakfast dekat kedai mee goreng bawah pokok tu. Ni memang antara port lunch favourite kitorg masa kerja kat Melaka dulu. Syg kata dulu dia panggil kedai ni 'Kedai Andy'. Aku tak ingat plak part ni hahha. Yang aku tau, mee goreng dia memang goreng panas-panas and sedappp sangat. Tapi malangnya, masa breakfast takde goreng-goreng. Huhuh. Tu lah, aku cakap kat syg seingat aku ni port lunch kita, mana ada kite datang masa breakfast. Selalu aku breakfast kan dengan geng-geng O&G dulu kalau waktu kerja. Tapi cam biasa, kitorg kalau argue memang dua dua nak menang. So last-last abaikan je hahahha. Pastu tengah-tengah breakfast boleh pulak la mamat-mamat yang nak baiki paip and pasang kipas tu muncul. Tak menyempat aku nak habiskan air Limau Suam aku. Geram jugak masa tu sebab syg nak rushing. Apa lah salahnya bagi aku habiskan air yang tak berapa minit sangat pun tu😑

Dalam pukul 11am aku gerak ke Seremban sorang untuk amik Ai. Memang plan nak gerak sendiri, sebab nak menyinggah satu butik ni utk settelkan dress Dinner Ai nanti. Pukul 3pm lebih jugak kitorg sampai kat kedai tu. Aku tau pasal kedai ni daripada hasil godekan kat Tiktok. Stylicloth kat Durian Tunggal sana. Memang meriah ye, segala jenis dress ada. Yang kuncup, yang kembang, yang terpaling kembang setaman pun ada. Nak membelek satu-satu tu memang puas hati. Memula tu ada satu dress dark blue ni Ai berkenan, sebab dia suka design kat depan baju tu and dress ada macam ropol-ropol. Aku pun beriya la keluarkan dari rail. Sekali hambikk kau. Super berat ye dress ni. Rupanya dia ada satu trail panjang jugakk. Hahahha. Giler. Dah macam nak kawen. Memang tidak lah ye nak 😂 

Godek punya godek. Jumpa satu lagi dress soft blue, Ai nak try. Bila dah try, memang big No. Cantik tapi takde umphhs and macam ada yang tak kena kat mata aku. Ai pun rasa macam pelik. So mencari lagi, sampai la jumpa satu dress soft pink, and macam rose gold colour. Ai yang nampak dulu. Dress ni belah-belah depan je pun. Bila Ai cuba ;

princess sangat🥹

Aku terus rasa YES! This is the dress. Memang cantik weh. Actually gambar ni tak menggambarkan kecantikan dress ni. Depan mata memang cantik. And modest sebab part dada dia tu ada macam ropol yang cover dada tu. Cuma nya tengah memikir style tudung camne nak sesuai ni sebab aku harap sangat Ai labuhkan tudung cover dada. Ai pun suka, so settle dress dinner. Rupanya staff situ cakap, dress ni kira antara yang paling hot la, and one piece je. Harap-harap takde la pulak dress yang sama pulak masa dinner Ai nanti. Mana tau, boleh menang Best Dress Award. Ecewahh hahah. Ni dah macam mak dia yang over eh. Anyway, harga rental RM 200, petticoat RM 20 and postage RM 20. So total hangus RM 240 😵‍💫Takpe lah, anything for my girl. Aku cakap kat Ai ;

"Alhamdulillah, dah settle dress Dinner. Lepas ni takyah pikir-pikir dah. Fokus belajar, and score SPM je okayy."

Lega jugak takde nak kena pergi banyak-banyak kedai lain nak survey-survey lagi. Syukurrr. Nanti just nak beli tudung untuk matching, dengan mask and maybe head accessories? Tengok lah camne kang. Eh dengan baju aku la. Hmm, tu lah ingat nak beli nanti-nanti. Mana tau dah kurus sikit huhuh. Next Mounjaro esok. Rasa macam berat je lagi badan ni😖

Anyway, nak tunjuk sket wajah baru Laundry Room aku. Hehehe. Gigih okayy aku. Ntah mood apa datang tetiba nak cantikkan Laundry Room. Maybe sebab tu dah jadi port healing aku kut. Barang-barang murah biasa-biasa je, tapi not bad lah kejadian dia.

bakul tu ada bikin stress sikit. tapi kita abaikan. hahhah.

morning view. lurveeeeee🥹

night view

best investment, thank you syg💋

maybe once a month, kite tukar quote lain.

Az tolong mummy semalam😘

Boleh lah kan. Benda simple-simple. Actually the other half of the laundry room aku tak settle deko lagi. Dah order blinds untuk tingkap blkg ni, tapi tak sampai lagi. Harap-harap syg sudi la nak drill kan screw nak pasang tu huhuh. Kalau dia malas nak layan, aku kena mintak Afiq or panggil org la kan.

Aku kat sebelah Ai ni. Tengah Bengkel Online Add Math dengan Cikgu Rohani (ex cikgu SAS, guru cemerlang). Semoga Allah beri kefahaman, and terangkan hati anakku Ai untuk score Add Math SPM A+. Aminnn. Cikgu cakap, selagi belum SPM, masih ada peluang untuk naikkan Gred and dapat A. So, dont give kakak Ai, in sha Allah A dalam tangan💪🏼

caiyukk kakak Ai🫵🏼

till next time, 
F.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...