Tuesday, August 25, 2026

"Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” 

- Surah At-Talaq, 65:3 🤍


Hari ni cuti Maulidur Rasul. Aku and the girls cuti. Sementara tunggu syg balik postcall, aku layan blog kejap la. Actually Tcr Bella (tutor Chem Ai) baru reply msg. So now aku tengah nak aturkan jadual kelas Ai masa dia balik cuti penggal 29 Ogos ni. 


Sabtu 29/8/2026
  • Balik Kluang
  • 9am-5pm : Bengkel Online Add Math F4 (maybe can join lambat, atau review recording je)
Ahad 30/8/2026
  • 9am-5pm : Bengkel Online Add Math F5 
Isnin 31/8/2026
  • 930am-1130am : Bio Online 
  • 2pm-4pm : Chem Online
Selasa 1/9/2026
  • 9am-11am : Bio Online
  • 1230pm-230pm : Add Math Online 
Rabu 2/9/2026
  • 9am-11am : Bio online
Jumaat 4/9/2026
  • 9am-11am : Chem Online

Bismillah, so far macam ni lah jadual Ai nanti. Harap-harap dapat membantu. Nampak macam agak pack tak eh. Risau pulak aku kalau-kalau Ai rasa stress/penat ke. Tapi no time to waste dah kan sekarang ni. Aku tengah kawtim dgn Tcr Bella (Chem Tutor) kalau boleh adjust yang slot hari Isnin tu untuk tukar ke date lain. Cikgu Iena (Bio Tutor) kata slot dia memang takleh tukar dah. Sebab aku kan off 31 Ogos hari merdeka tu. Rasa-rasa macam nak plan me-time dengan Ai. Bawak dia healing-healing body massage, hair treatment/cut, karaoke ke. Whatever she feels like doing la. Bagi dia release stress. Kalau memang tak dapat tukar, then probably boleh plan masa 5 Sept Sabtu tu. Last day before going back to hostel.

Semoga Allah permudahkan. Mummy loves you so much kakak Ai.

us, on top of Xiling Mountain


till next time, 
F.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...