Tuesday, August 18, 2026

curang itu pilihan.

semalam aku terbaca post H kat threads,

"since the day i've found out, not a day goes by without me having a swollen teary eyes, heart ache and a lump in my throat. hopefully tak jadi gila je lah."

kesian kat H. kitorg ni adik beradik xde la very close to the core. tbh, aku lg open and lg rapat dengan bebiras vogue aku. kitorg boleh share like everythinggg. tp dgn my sibling sisters, lebih pada hubungan kekeluargaan la gitu. takde la kekok, but u know what i mean. 

bila aku tau H ada marriage prob, laki dia buat hal. hati aku mcm hancurr jugak. laki dia yg nampak very quiet and reserved tu. yes laki dia yg mcm sesuci lebarannn tu. pedih hati ni. kalau aku pun dah rasa mcm ni, bayangkan apa yg H rasa. kenal bercinta bertahun, kawen pun mmg suka sama suka, H tu cantik slim kut. tak faham aku. ntah la eh. apa lg la yg x cukup kat lelaki ni. bila jadi kes kes mcm ni kat sekeliling aku, kdg-kdg aku pun jd insecure. yelah, i'm not M, even XL size anymore. kdg-kdg mmg perasaan takut and risauu tu ada. especially bila my syg mmg still nampak muda and fit. 

ma and M selalu pesan suruh nasihat kan H untuk stop share/luah perasaan kat medsoc. pesan suruh bg kata kata semangat. M lg pulak, tak abis-abis kritik ckp kenapa nak luah kat medsoc, bukan membantu pun. tu lah beza dia dgn aku. aku in a way faham je kenapa share dkt medsoc lg 'puas' dari talking to someone u know. luah kat strangers lg rasa 'selamat'. faham ke maksud aku? aku bgtau M, biarkan je lah. mungkin tu satu cara dalam proses dia nak heal. lgpun memang ramai dah tau pun kan. mungkin jugak tu cara dia nak pantau laki dia. supaya tak terbabas lagi. tapi luka bila dah dilukai dengan kecurangan ni tak mungkin akan sembuh. aku dulu masa break up dgn bf pun, sakit nya tu mmg taktau nak gambarkan. ingat pun rasa sedih. salah satu perasaan yang aku harap aku takkan rasa lagi sampai bila bila. aku bersyukur sangat Allah gantikan dengan yg jauh lebih baik. satu anugerah yang aku mmg tak sangka satu masa dulu.

skrg ni, aku taktau aku patut selalu roger-roger tanya khabar H ke. atau jgn tanya-tanya sbb takut takut ter trigger rasa sedih dia ke. atau mcm mana. tapi aku selalu doakan H tenang, and dapat hilangkan rasa terluka tu. aku harap hubungan dorg bertahan. aku igt pesan arwah FIL dulu ;

"orang laki ni senang je nak jaga. ada dua benda je. jaga perut dia and jaga yang bawah sikit dari perut dia tuu."

faham kan? 
setakat almost 17 years usia perkahwinan aku ni, aku memang pegang ni. and memang betul pun. ma pun pesan yang sama, especially part bawah perut tu. huhu. dah boleh beza dah mood dia kalau kita tak jaga part tu. sbb tu bila aku rasa insecure, aku baik pulih perasaan dgn rajinkan diri masak utk dia, plan something ehem ehem. and sesekali hantar surprise reminder (kami ye yg faham) untuk pastikan dia 'ingat' kat aku. for now, aku bole kata our s*x life is very healthy. doa-doa, perkahwinan dan hubungan aku & syg tak diuji dgn kecurangan, dan org ketiga. semoga Allah pelihara rasa cinta kami berdua dan hubungan berkekalan hingga ke jannah.

till next time, F.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...